kalau aku tak pegi

omaigod.omaigod.
aku dapat sbp..memang lah tekinja-kinja nak at the first place tapi aku dah redho dah kalau tak dapat. Jadi alkisahnya aku pun pegi la sbp dengan hati separuh rela dan mata pun separuh terbukak.*jauh kot kl-kedah*.Awal-awal lagi aku dah bersedia mental ngan fizikal untuk sekolah kat tepi bendang.tapi cabarannya bukan bendang,tapi longkang.sekolah nih masya-Allah longkang besepah-sepah.dah la dalam,kalau terjatuh memang orang cancel aktiviti al mathurat malam-malam ganti dengan tahlil terus.baru aku paham kenapa sbp tak amek OKU.then masuk la dorm ape sume kan...dorm memang happening.ini kerana semua mempunyai bekalan makanan yang mencukupi untuk dikongsi bersama.ini sangat bagus.tiap-tiap malam aktiviti wajib ialah makan untuk ke tiga enam kalinya.sajian kebahagiaan;')

Walaupun begitu,bila masuk kelas aku macam "oh adakah aku invisible?"sebab kelas tu seriously aku kata macam tak ramah.and aku pun bukan jenis yang bercakap dulu.tapi aku okey once you get to know me.tak caye tanya SEPILOK oke.bila dalam kelas aku nampak macam orang yang sangat kasihan.macam anak kucing comel tepi longkang besar hostel kubang pasu.okay stop the booo ok?sambung cerita.dah la aku duduk tepi tingkap pastu kadang-kadang bila aku boring aku pandang la luar kan..then aku terus terpikir kalau ade orang tengah tengok aku mesti ingat aku ni orang yang pathetic sambil merenung nasib.
=,='

Dekat sini,semua berubah..aku macam takde potensi besar sangat la nak menyetan.seriously aku TAK JUMPA lagi mana-mana budak yang aku rasa boleh layak masuk geng setan nakal aku.cheiss.biasa la bila nama pun sbp mesti la serba serbi nak perfek ye dak..jemaah 5 waktu,usrah,tazkirah,al-hidayah,al-kulliyah,imam muda,semanis kurma,apa semua la mesti ada. jadi aku ni yang acap kali pergi surau,tapi masa form 1 dulu mengalami situasi sukar untuk mengubah diri.tapi aku rasa ada baiknya jugak lah semua ni..so aku rasa aku tak sodorm.*solat dalam dorm*

Then bila aku sunyi dalam kelas,aku mesti teringat zaman-zaman kegemilangan aku kat rps dulu..ngan nula,jumok,daeng,eja,jibo,madi,siah,wanteh..and semua budak batch aku lah.apa jadi kalau sampai sudah aku tak bahagia kat sini?apa jadi kalau aku jadi budak paling menyedihkan dalam kelas?apa jadi kalau aku jatuh longkang?apa jadi kalau bekalan makanan aku habis?ohhhh.nak nanges pun ada masa duduk sorang-sorang dalam kelas.memang aku susah hati la.macam kera comel sumbang.am i going to spend my senior years with all those unhappy things?

kalau aku kat rps mesti aku dah bahagia gila.semua orang nak pindah dari rps.tapi bila dah sampai kat kubang ni aku tak dapat nak cakap kenapa aku nak keluar rps masa awal tahun dulu.tak tau pun kenapa.so kat sini modus operandi aku,nak cakap korang enjoy lah hidup kat rps tu..takde buruk sangat aih sekolah tuh.i guess aku kena sabaq sat pastu lama-lama mesti ok.

ingat tak aku kata aku tak sodorm dah?memang aku tak sodorm pun,tapi tak sampai seminggu.pastu sikit-sikit ada la jugak sodorm nye.=,='hampeh haih

-mael-